Monday, November 15, 2010

Mengenai Pengarah Syarikat dan Pemegang Saham

Berapakah jumlah minima pengarah dan pemegang saham yang perlu ada untuk tujuan pendaftaraan syarikat?
2 orang dikalangan individu.

Siapakah pengarah pertama?
Pengarah dan pemegang saham tak semestinya individu yang sama dan kebiasaannya pengarah dan pemegang saham adalah individu yang sama untuk mendaftarkan syarikat.  

Bolehkah pengarah dan pemegang saham tambahan dibuat.
Boleh selepas syarikat didaftarkan sepenuhnya.

Bolehkah pengarah syarikat memindahkan fail dan buku berkanun selepas syarikat didaftarkan sepenuhnya?
Boleh.  

Apakah tugas pengarah syarikat?
Diantara tugas penting pengarah ialah:-
  • Tiap syarikat, pengarah dan pengurus mestilah memastikan rekod-rekod akaun dan lain-lain rekod disimpan membolehkannya diaudit dengan mudah dan betul.
  • Rekod-rekod tersebut hendaklah disimpan untuk tujuh tahun selepas siap transaksi atau operasi.Rekod akaun dan lain-lain rekod operasi di luar Malaysia hendaklah disimpan oleh syarikat di tempat di luar Malaysia dan hendaklah dihantar ke Malaysia di suatu tempat untuk pemeriksaan oleh pengarah-pengarah yang membolehkan penyedian akaun yang sebenar.
  • Jika keingkaran dilakukan maka syarikat dan tiap-tiap pegawai syarikat yang ingkar adalah melakukan kesalahan terhadap Akta ini.
  • Pengarah tiap syarikat hendaklah tidak lewat dari 18 bulan selepas syarikat tersebut diperbadankan dan selepas itu sekali setiap tahun kalendar syarikat pada jarak tidak lebih dari 15 bulan membentangkan akaun untung rugi di mesyuarat agung tahunannya.
  • Akaun untung rugi dan kunci kira-kira syarikat hendaklah diaudit sebelum dibentangkan di mesyuarat agung tahunan.Jika mana-mana pengarah syarikat gagal untuk mematuhi atau mengambil langkah munasabah untuk menjamin pematuhan oleh syarikat atau oleh dirinya sendiri menjadi sebab keingkaran oleh syarikat, beliau adalah melakukan kesalahan terhadap akta ini.

APA ITU SETIAUSAHA SYARIKAT?

Setiausaha syarikat adalah individu yang diperlukan bagi membolehkan syarikat didaftarkan sepenuhnya di suruhanjaya syarikat MALAYSIA serta beliau bertindak sebagai orang tengah di antara syarikat dan  Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan merupakan tulang belakang yang mewujudkan syarikat bagi orang awam sama ada rakyat tempatan mahupun rakyat asing. 

Setiausaha syarikat diperlukan bagi mengesahkan segala dokumen syarikat untuk membolehkan dokumen syarikat anda diterima dan sah disisi undang-undang. 

Di samping itu juga beliau merupakan pegawai syarikat yang ditugaskan memberi nasihat dan peringatan dari semasa ke semasa mengikut kehendak akta seperti mengadakan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luar biasa, melakukan pendaftaran serta menyerah simpan dokumen syarikat dari masa kesemasa seperti akaun beaudit,penyata tahunan dan lain-lain dokumen berkaitan. 

Beliau berhak mengenakan imbuhan bayaran dalam bentuk yuran setiausaha syarikat dan juga mengenakan bayaran fee professional atas kerja yang beliau jalankan. 

Beliau juga berhak untuk meletakan jawatan pada bila-bila masa jika didapati pihak syarikat tidak beroperasi mengikut akta atau tidak mendapat bayaran seperti yang dipersetujui. 

Pengarah juga berhak melakukan yang sama bilamana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.Penamatan Jawatan setiausaha syarikat boleh dilakukan dan dengan berakhirnya jawatan beliau maka perlantikan setiausaha syarikat baru perlu dilakukan oleh lembaga pengarah. 

Atas dasar ini setiausaha syarikat perlu dihormati memandangkan beliau merupakan tulang belakang yang mewujudkan syarikat anda. 

Kami dengan ini amat komited menjalankan kewajipan sebagai setiausaha syarikat anda dan mengharapkan pelanggan dikalangan mereka yang bertimbang rasa dan mempunyai kod etika yang baik. 

Nikmati PAKEJ LENGKAP bila anda mendaftar syarikat atau membeli syarikat tersedia melalui Firma Setiausaha Syarikat kami. 

Sunday, November 14, 2010

Selamat Datang ke NJ Management & Services !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Satu Malaysia.

Kepada semua pelanggan kami yang dikasihi sekalian. Hari ini merupakan Hari Pelancaran bagi Blog NJ Management & Services.

Kami berasa bertuah kerana dapat melangkah setapak lagi ke depan dalam memberikan maklumat terkini aktiviti syarikat kepada pelanggan kami melalui atas talian seperti ini. Mudah-mudahan dengan adanya blog ini, para pelanggan semua dapat berkomunikasi dengan kami secara lebih efektif dan menjimatkan kos.

Terima kasih di atas sokongan anda semua. Tanpa anda semua, adalah mustahil bagi kami mencapai kejayaan ini.